Telco2u cover image

Telco2u

Hamizulfaiz • August 20, 2016

Owner sistem ini contact sy bila dia nampak Projek Iqra. Dia kata orang yang buat website Projek Iqra ni nampak boleh custom coding. Dia search google Developer projek iqra dan jumpe website. Pergi ke contact me lepas tu start meeting first time.

Sistem untuk menjual produk Telco di dalam Malaysia

Web application ini dibina untuk memudahkan para pengguna simkad dalam Malaysia supaya boleh dapat pakej terbaru dari telco. Yep. development from scratch. Dari planning, database, proses, biz model, dan segala yang berkaitan untuk jadikan sistem ini seperti sekarang ini.

Surprisingly memang ramai para pengguna simkad terutama pengguna postpaid, masih menggunakan pelan telco lama walaupun sekarang ni pelan lama tu dah tak ada. Jadi mereka membayar harga lebih mahal pada telco daripada pakej-pakej terbaru dan terkini.

Dengan wujudnya website ini. Pengguna boleh compare pelan apa yang baik untuk mereka, boleh terus chat dengan Telco2u tanya kawasan rumah ni ok ke nak guna celcom, maxis, umobile?.

Senarai Pakej Telco

Website ini membolehkan pengguna untuk register simkad baru, tukar pelan, dan tukar telco. Tak perlu ke servis center dah. senang kerja. Dalam web ni boleh tengok semua jenis telco, boleh filter. dan yang paling best, boleh compare antara telco untuk pilih pakej yang terbaik untuk anda.

design senarai pakej-pakej telco

Order Online

Bila dah tekan butang Apply Now. anda akan ke halaman details. Disini akan diceritakan dengan lebih dalam lagi tentang pakej yang anda pilih. Puash hati? boleh terus tekan butang order. Ada beberapa pilihan jenis order. Online order, whatsapp order, atau facebook order.

Detail pakej telco dan butang untuk proses order


Follow: