Setahun bersama 1337 Ventures Sdn Bhd cover image

Setahun bersama 1337 Ventures Sdn Bhd

FAiZ • July 18, 2020

bisnes general

Sejak tahun lepas, sy telahpun menyertai team 1337 Ventures (1337 = Leet). Macam mana boleh masuk dalam team ini, ceritanya panjang lagi. so cut short, Leet memperoleh lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang membolehkan mereka menjalankan platform ECF (Equity Crowdfunding). dan mereka memerlukan developer. so masuklah sy disini.

Apa itu 1337 Ventures

Mereka adalah syarikat Venture Capital dan mereka juga menjalankan program Alpha Startups™. Dimana mereka membuka penyertaan kepada para usahawan yang ingin memulakan bisnes (Startup Business). Para founder akan menyertai program ini dan mereka akan di guide bagaimana untuk membina bisnes.

LEET Capital

Platform ECF yang dibina adalah LEET Capital. Platform untuk Investment jika anda adalah Investor atau Crowdfunding jika anda adalah Bisnes.

Sebagai Senior Developer

Penyertaan sy di dalam team ECF ini adalah sebagai Senior Developer (well, coding). Membina platform dari kosong sehingga menjadi sistem penuh. Sehingga sekarang masih lagi ada part-part development dan improvement yang masih dalam fasa staging yang akan di deploy dari semasa ke semasa.

Team

LEET mempunyai beberapa lagi internal team atau department didalamnya.

  1. LEET Ventures.

Segala hal-hal berkenaan Venture Capital adalah pada team ini.

  1. LEET Academy.

Segala event, bootcamp, sprints dan yang sewaktu denganya dimasukkan pada team ini.

  1. LEET Capital.

Segala urusan tentang ECF adalah pada team ini. (i am here~).

Setelah Setahun Bersama

Kini telah masuk lebih kurang setahun sejak sy memasuki team 1337 ini dan banyak perkara tentang Startup, Funding, Business Model Canvas, Product Market Fit telah sy adapt. dan banyak lagi lah nak tulis senarai banyak nau.

Sekiranya anda adalah sebuah Startup atau anda ingin memulakan bisnes dalam industri Inovasi. Cubalah Alpha Startups™, dalam bootcamp ini banyak ilmu tentang bagaimana nak mula bisnes, cara nak validate idea bisnes, cara nak pitch kepada investor, dan banyak hal-hal yang berguna pada anda yang inginkan bisnes anda berkembang dengan jayanya. (dan berpeluang dapat funding kalau idea cun).

Yep, LEET Capital telahpun dilancarkan pada awal tahun ini (januari 2020) dengan jayanya dan kini telahpun mempunyai beberapa kempen yang mempunyai investment.

Memasuki industri finance ini adalah baru bagi sy, dan pengalaman setahun ini banyak membuka fikiran sy terhadap bisnes, teknologi dan finance.

Baru-baru ini sy mula berminat dengan saham (Stock Market) sejak terlibat dengan ECF ini. Ternyata ada banyak cabang dalam investment dan ECF adalah salah satu cara untuk invest duit anda. Dengan memasuki dunia investment akan membuka lebih luas jalan dan idea untuk sy hasilkan system improvement pada development system yang dibina.

Sekian blog post kali ini.

Screenshot Team LEET Capital di About Us

 


Follow: