Proses Develop Sistem cover image

Proses Develop Sistem

FAiZ • June 22, 2018

bisnes fundamental

Pembinaan sistem boleh bermula dengan kertas kosong. Sampai terhasilnye setiap satu proses yang digabungkan bersama dan terjadilah satu sistem yang bersambung satu sama lain.

Permulaan Pembinaan

Ambil kertas kosong, kita mula dengan memikirkan proses. step pertama, sampai step terakhir. Contoh:

  1. User masuk website halaman utama
  2. User klik butang register
  3. User register dengan borang
  4. User Login
  5. User add to cart
  6. User buat bayaran

Ha, begitulah perjalanannya. Ada yang prefer untuk menggunakan step begini, ada juga yang menggunakan Flow Chart. Ikut keselesaan masing-masing.

Design Database

Setelah kita selesai menstruktur proses. Kita akan fikir macam mana nak uruskan data. Kita akan design relationship antara setiap database table.

Contoh,

Satu Orang User Boleh Order Banyak Produk

sambung...

~sampai semua data kena dengan proses~

Kita akan brainstorm semua database table, attributenye sekali sampai complete satu database yang kita boleh apply kedalam proses yang kita buat pada awal tadi.

Mulakan Coding

Ha, dekat step ni baru lah kita mulakan coding, debugging dan testing. Begitulah perjalanan setiap kali kita membina sistem. Proses dan struktur Database adalah penting untuk kesinambungan sistem.

Sekiranya sistem tidak dirancang dengan baik, kita akan sentiasa menemui BUG dan sentiasa kena adjust balik semua Proses dan sentiasa kena adjust Database semula.

Sebab apabila foundation sistem kita tidak kukuh dan tidak Well Planned. Projek yang kita buat tidak akan siap sampai kesudah. huhu.

Debugging, Testing dan Production

Setelah kita selesai coding, kita akan publish sistem kita ke dalam server supaya boleh berjalan. Kita perlu sentiasa Doublecheck sistem kita, kerana dalam masa pembinaan, kita membina sistem dari dalam komputer kita. sistem boleh berjalan dengan baik dekat komputer kita tidak semestinya ia akan berjalan baik di server.

Proses debugging, testing, debugging, testing sampai muntah. hehe. kita akan puas hati bila sistem berjalan dengan baik dan client pun akan happy!

Kalau dah deliver pada client pun masih ade BUG, itu biasa. So, kita ulang balik debugging, testing, debugging, testing. sampai sistem stable.

Ok, semoga post kali ini memberi manfaat untuk anda.

Like, Share & Subscribe newsletter ok!



Follow: