Plugin - ipay88 payment gateway untuk woocommerce cover image

Plugin - ipay88 payment gateway untuk woocommerce

FAiZ • July 10, 2018

bisnes

Anda adalah peniaga ecommerce. Telah install woocommerce dalam wordpress anda. Dah setting semua produk cantik-cantik siap harga. Kini tiba masanya nak terima pembayaran online dari website anda.

Kemudian anda terjumpa ipay88 gateway yang boleh terima kebanyakan bank dalam Malaysia dan juga Kad Kredit. Bila dah subscribe dan buka akaun ipay88, anda mencari plugin untuk install. tapi mahai baq hang. huhuhu. nah. ade plugin free open source untuk anda!

AiCS ipay88 Woocommerce

Anda boleh melihat plugin ini di wordpress plugin repo. https://wordpress.org/plugins/aics-ipay88-woocommerce/ dan ianya FREE. ye, free boh. boleh tengok juga source code untuk plugin ini di github https://github.com/aifaiz/ipay88-woocommerce

Anda juga boleh cari plugin ini dari dalam wordpress anda! cuma cari keyword aics ipay88 woocommerce dari dalam admin page bahagian Plugin.

Boleh set ipay anda di checkout setting woocommerce

Anda boleh set MerchantID dan Merchant Code anda pada halaman checkout setting woocommerce anda. macam ni:

Cara Guna Plugin

  1. Download dari wordpress plugin dalam admin
  2. Install dan activate
  3. Buat satu page kosong (tiada konten) dan set template bernama ipay88 payment page (lihat gambar dibawah)
  4. Pergi ke woocommerce checkout setting dan pilih page baru anda di dalam senarai dropdown kemudian save
  5. Siap! boleh terima payment dah website anda ni. hehe

Sekiranya anda mempunyai cadangan atau penambahbaikan untuk plugin ini, bolehlah ke github dan request. hehe.

Sekian, semoga konten ini memberi manfaat kepada anda.

Like, Share dan Subscribe Newsletter ye!



Follow: