Komunikasi - Antara Web Developer dan Client cover image

Komunikasi - Antara Web Developer dan Client

FAiZ • June 27, 2018

bisnes fundmental

Setiapkali kita web developer bila dah dapat projek. Kita akan mulakan proses untuk development. Lain projek, lain cara pengurusannya. Jadi, komunikasi antara kita dan client mestilah solid.

Clear Cut

Apabila saya memulakan projek, semestinya saya akan pastikan faham pasal flow, data, interface dan hasil yang seharusnya client harapkan dari pembinaan sistem yang mereka idamkan. Pada setiap kali tak faham tentang logik proses atau tak faham tentang konsep yang akan di implement pada sistem. Pastinya saya akan bertanya kepada client.

Perjalanan membina sistem memerlukan komunikasi yang jelas dan kefahaman yang jelas dari kedua-dua belah pihak. Developer dan Client. Hari ini saya berjumpa dengan seorang client baru yang inign membina sistem untuk bisnesnya. Menurut beliau, ade developer yang meminta bayaran deposit sampai lebih dari 50% sebelum memulakan kerja. pergh, lain macam pergi dia.

Logik Bisnes dan Logik Sistem

Sistem mempunya logik untuk melaksanakan tugas dari step 1 sampai step terakhir. Sama juga dengan bisnes, bisnes mempunyai sistem (bukan sistem website. tapi sistem bisnes) untuk mengurus kerja-kerja seharian. Dengan adanya sistem website. Kerja-kerja itu akan menjadi lebih mudah.

Logik bisnes adalah, customer akan masuk ke kedai, ambil barang, dan pergi ke kaunter cashier untuk pembayaran.

Logik sistem web pula, customer akan masuk ke web, add to cart dan checkout ke payment gateway.

Apakah akan berlaku jika tiada komunikasi?

Sistem yang kita bina pastinya akan menjadi kucar-kacir, banyak bug, banyak masalah, banyak security hole. banyak lah masalahnye. Sebab kita programmer ni akan assume proses logik bisnes itu. Proses bisnes itu hanya owner bisnes sahaja yang lebih arif. Kerana bisnes itu dia yang punya. Pokoknya, apabila kita (web programmer) develop sistem. kita akan buat sahaja sistem mengikut andaian kita sendiri yang mungkin tidak akan bertepatan dengan ape yang client kita mahukan.

Rumusan

Pada setiap kali deal untuk projek baru, ataupun tengah menyelesaikan projek. Komunikasi dan kefahaman yang jelas adalah kunci untuk menjadikan sistem itu baik dan lancar.

semoga posting kali ini ade memberi manfaat kepada anda. Kasi like, share dan subscribe newsletter ye!



Follow: