Develop System - Kenapa Harga Mahal cover image

Develop System - Kenapa Harga Mahal

FAiZ • June 28, 2018

bisnes fundamental

Ianya bermula dengan idea anda. Anda mendapat idea untuk mengurangkan pekerja, dan memudahkan urusan bisnes anda. Kemudian cari programmer untuk bina sistem itu. Selepas berjumpa dengan programmer itu, niat anda untuk bina sistem hanya tinggal idea. Sebab MAHAL baq hang~

Apa itu System Development

Develop System nampak sepertinya adalah mudah. Sebab kita telah banyak diperkenalkan dengan Wordpress, Joomla, Opencart, dan lain-lain Open Source Software yang terkenal. Anda telah terbiasa dengan perkataan Plugin, Plug & Play, dan "beli dan adjust sikit-sikit je".

Namun, membina software sistem adalah ibarat membina sebuah bangunan. Atau boleh juga kita katakan sebagai membina sebuah kereta dari kosong.

Anda nak bina Apartment? atau anda nak bina Banglo?

Apakah anda nak bina kereta Myvi? atau anda nak bina kereta Porshe?

Perkara Rumah ataupun Kereta berkait rapat dengan Develop Software. Lagi-lagi bahagian Harga.

Myvi atau Porshe? Apartment atau Banglo?

Sama seperti kereta ataupun rumah. Pembinaan Software System untuk bisnes anda juga adalah perkara yang sangat kompleks. Ia bukan sekadar Plug & Play atau hanya Install Plugin. Ia akan melibatkan kerja-kerja engineering, brainstorming, logic development, database management, server configuration, dan banyak lagi komponen-komponen lain yang menjadikan sesebuah software itu lengkap.

Di dalam kereta Myvi anda tidak akan dapat semua perkara yang ada di dalam kereta Porshe. Ya, itu memang betul.

Macam mana pula jika saya kata Bujet anda adalah Myvi tetapi anda inginkan sistem seperti Porshe?

logik kan?

Fungsi yang setimpal dengan kerja

Setiap kali software developer membina sistem, mereka akan memerah kepala, stress, dan macam-macam perkara lagi. Bukan kerana sekadar tekanan dari customer. Malah tekanan dari masalah coding. Masalah coding boleh jadi macam-macam. Mungkin database, mungkin proses, mungkin server.

Setiap satu fungsi yang dibina mempunyai beribu-ribu coding, malah ada yang berjuta. Setiapkali fungsi sistem itu tidak berjalan dengan sepatutnya, programmer lah yang mencari penyelesaian dan workaround yang memudahkan kita untuk menggunakan software tersebut.

Contoh: Tak boleh generate resit.

Programmer akan menyelam kedalam coding, dan mencari apakah yang menyebabkan resit tidak boleh dibuat. Apabila berjumpa dengan punca, rupanya sistem memerlukan library jenis lain untuk berjalan dengna baik. Dan library itu tidak wujud dalam dunia ini. walaupun dah cari di google berhari-hari. Jadi apa boleh buat? ye. kita akan masuk ke dalam lagi dan fahamkan cara nak buat library itu. da nkita buat coding untuk library itu pula.

Begitulah betapa kompleksnya kerja menulis software. Walaupun contoh itu hanya untuk generate resit. masih ada lagi isu-isu lain yang anda tidak pernah dengar tetapi berlaku dan kini sedang diselesaikan oleh programmer.

Sekiranya Fungsi Software Mudah, Harga Akan Murah

Pokoknya, sekiranya anda memerlukan solusi software yang mudah. Ia semestinya mempunyai kos yang murah. Ada juga yang FREE. ye. FREE~

Sebab itulah datangnya Open Source Software, dimana solusi standard yang memang diperlukan ramai. Maka apabila fungsi yang anda inginkan itu lain dari solusi umum, menjadilah harga yang mahal itu~ hehe.

Sekian sahaja posting kali ini, semoga ada manfaat dari posting ini kepada anda.

Like, share & subscribe newsletter sekali ye!



Follow: