Website - HTML, CSS & Javascript cover image

Website - HTML, CSS & Javascript

FAiZ • June 18, 2018

fundamental

Pada setiap website, terdapat beberapa jenis coding yang menjadikan website itu cantik. Yang paling biasa adalah 3 coding ini:

  1. HTML
  2. CSS
  3. Javascript (js)

Apa itu HTML?

HTML adalah HyperText Markup Language yang mana kita gunakan untuk menstruktur halaman web. Seperti header, navigation, sidebar, content, dan yang sewaktu dengannya. HTML ini adalah ibarat tulang atau kalau macam bina rumah, HTML ini adalah ibarat tiang asas untuk pembinaan.

contoh html:

<!DOCTYPE HTML>
<head>
    <title>Tajuk Web</title>
</head>
<body>
    <p>contoh konten dalam html</p>
</body>
</html>

Apa itu CSS?

CSS adalah dikenali sebagai Cascade Style Sheet yang mana coding ini bertujuan untuk memberi sinar wajah berseri pada web anda.

CSS adalah ibarat cat rumah, atau kita panggil finishing touch. HTML sahaja tidak akan menjadikan website anda cantik. web anda akan hanya mempunyai warna putih dan hitam. Tiada kanan, tiada kiri, tiada border, semua lah takde. ade rangka je.

Bila ada CSS, web anda akan mempunyai warna latar, bentuk, dan kacak. Ini contoh coding CSS:

<style>
    body{
        background:#0000;
        font-weight:bold;
    }
    .sidebar{
        background:yellow;
        float:left;
        padding:5px;
    }
</style>

Apa itu Javascript (JS)?

Apabila website kita telah mempunyai rangka, dan telah mempunyai warna dan hiasan. kita boleh menambah lagi seri website kita dengan Javascript. Kata pendek dia adalah js.

Javascript bertujuan untuk menambah aksi pada web anda. Contoh paling asas adalah apabila kita klik pada sesuatu butang tempat di website itu, dia akan buat animasi fadeIn atau fadeOut.

Biasanya kita akan meletakkan jQuery bagi men-simplikasi kan coding kita supaya tak serabut. Sebab javascript ni coding dia panjang-panjang. kita guna jQuery bagi memudahkan coding.

ini contoh :

<script>
$(document).on('click', 'button', function(event){
    event.preventDefault();
    $('#kontentBlog').fadeIn();
});
</script>

Konklusi

Pembinaan website akan menjadi lengkap dengan 3 jenis coding ini. Biasanya penggunaan 3 jenis coding ini banyak dilakukan pada FrontEnd (Hadapan) dan BackEnd (Admin) web anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah layout, macam ade kotak yang tak align ke, atau ade warna yang salah ke. ini semua boleh diselesaikan dengan coding 3 jenis ini.

Okeh, semoga post kali ini ade manfaat untuk anda. Kasi like, share dan subscribe newsletter ok!



Follow: