Develop Web - Ape itu bug? (error) cover image

Develop Web - Ape itu bug? (error)

FAiZ • June 20, 2018

Fundamental

BUG! itulah perkara yang membuatkan para programmer tidak dapat tidur. ada yang tak tidur seminggu, ada pula tak dapada tidur sebulan! haha.

Apa itu BUG?

Bug adalah sejenis error yang membuatkan sistem web anda tidak boleh berkerja dengan betul. Contoh paling mudah adalah ibarat 2 + 2 = 5. Kita tak tahu macam mana boleh jadi 5. haha.

Jadi, programmer perlu menyelam kedalam coding dan mengenalpasti apa yang membuatkan perkiraan itu memberikan hasil yang salah dan betulkan. Kerja pembetulan ini dinamakan DEBUGGING.

Apa itu DEBUGGING?

Debugging adalah mencari dan memusnahkan BUG. ada kalanya senang, ada kalanya susah. Ade error yang boleh dibetulkan dengan 5 minit sahaja, ade pula error yang ambil masa berminggu-minggu untuk dikenalpasti dan dibetulkan.

Kenapa Ambil Masa Lama atau Singkat?

Proses mencari dan membetulkan error boleh jadi lama atau boleh jadi seminit dua je. Semua bergantung kepada berapa kompleks error yang berlaku dan berapa expert nya programmer itu.

Programmer yang berpengalaman boleh membetulkan error yang simple dengan hanya 2-3 minit. atau beberapa saat. Manakala programmer yang fresh mungkin boleh ambil masa sehari atau dua hari.

Kefahaman Coding

Mungkin ramai orang boleh buat website, tetapi tak ramai yang boleh membetulkan website. Ade error sikit, keluar page putih kosong pun mereka boleh kata ini web kena hack ni. pergh. senang hidup.

Sebetulnya, semua error yang berlaku di dalam website anda boleh dibetulkan. Semuanya bergantung kepada error itu dapat diselesaikan cepat atau lambat sahaja.

Ada juga kes yang memang semua fail website dan database anda ter delete semua. tetapi ini adalah kes yang sangat jarang berlaku pada masakini. kebanyakan error atau bug yang berlaku hanya pekada hacking, salah coding, atau ada lompong pada security. paling banyak? error yang melibatkan website menghantar email spam sampai blacklist ip address anda.

Kesimpulan

Setiap sistem, pastinya mempunyai BUG, tak terkecuali facebook. beberapa hari yang lalu ade berita mengenai mereka TER setkan profile privacy yang private kepada public. boleh tengok kat Gizmodo. Facebook Says 'Bug' Changed Millions of Users Default Privacy Settings to Public

Sepertimana manusia tak lari dari kesilapan, sistem juga tidak lari dari BUG.

Ok, semoga konten kali ini memberi manfaat kepada anda. Kasi like, share & subscribe newsletter ye!



Follow: