Command Line: Apa itu Composer 30/07/2018

Programmer yang telah menceburi language PHP pastinya pernah dengar tentang composer. Ia adalah tools untuk command line interface. 

 

Apa itu Composer

Composer akan di-install kedalam terminal anda. kita akan boleh menggunakan composer apabila ia telah berada dalam PATH terminal kita. 

Kebiasaannya, composer ini kita gunakan untuk tarik / ambil library dari luar. contohnya, kita sendang develop projek baru, so kita mencari library untuk security. kita guna composer dan masukkan library itu kedalam projek kita.

nah. inilah rupa composer:

composer

 

Cara Install Composer

Anda boleh install composer kedalam terminal anda, pergi ke link ini: https://getcomposer.org/download/ untuk download. 

atau lebih baik lagi, kita install direct dari terminal kita tanpa perlu gunakan mouse/user interface.

cara install guna terminal:

  1. Buka terminal
  2. Tulis arahan ini kedalam terminal (satu line satu arahan)
php -r "copy('https://getcomposer.org/installer', 'composer-setup.php');"
php -r "if (hash_file('SHA384', 'composer-setup.php') === '544e09ee996cdf60ece3804abc52599c22b1f40f4323403c44d44fdfdd586475ca9813a858088ffbc1f233e9b180f061') { echo 'Installer verified'; } else { echo 'Installer corrupt'; unlink('composer-setup.php'); } echo PHP_EOL;"
php composer-setup.php
php -r "unlink('composer-setup.php');"

selesai je kita install composer kedalam terminal kita. dah boleh guna composer pada mana-mana projek PHP kita. cun!

 

Install Laravel menggunakan Composer

Laravel adalah sebuah framework untuk php. Kita juga boleh buat projek baru laravel dan gunakan composer untuk tarik dari repositori laravel.

composer create-project --prefer-dist laravel/laravel projekbaru

run command atas ni. tunggu sekejap, dah dapat framework laravel. boleh start buat projek baru kita guna framework laravel.

 

Konklusi

Composer akan memudahkan kerja kita sebagai developer untuk tarik library dari mana-mana lokasi. Menjadikan proses kerja kita lebih efisyen dan cepat! 

namun, anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan terminal secara asas terlebih dahulu supaya selesa menggunakan composer.

nak tahu info pasal terminal? saya ade kupas pasal command line interface di post yang lalu. nah baca sini: 

Terminal: Faham Command Line, Pakar Programming

 

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ada manfaat untuk anda dari pembacaan blog ini.

Like, Share & Subscribe ye!