Cara pastikan web developer ikut keperluan bisnes anda 16/08/2018

Cara yang terbaik untuk clear-cut secara general tentang keperluan fungsi-fungsi website anda kepada web developer adalah dengan memberikan mereka gambaran melalui mind map.

Bagi para web developer. MindMap adalah gambaran yang tepat untuk menstruktur website/sistem anda. Cuba lihat contoh ni:

contoh mind map struktur website atau sistem

 

gambarajah diatas adalah contoh untuk planning struktur website/system anda. 

Mana nak buat mindMap macam ni? nah. buat kat sini. tulis-tulis je dah boleh auto generate mindmap untuk anda.

https://tobloef.com/text2mindmap/

 

Sebelum Berjumpa dengan Web Developer

Adalah disarankan anda untuk buat mind map ini terlebih dahulu sebelum anda berjumpa dengan web developer.

 

Kenapa Mind Map?

kerana, daripada MindMap itulah Web Developer dan anda boleh berada pada tahap kefahaman yang sama. Sama-sama clear apa yang akan ade dalam website anda dan ape yang tidak perlu ada.

 

Cara Menulis Mind Map

  1. Kita mulakan dengan tajuk atau nama website/sistem yang anda ingin bina. Letak nama itu di tengah-tengah.
  2. Senaraikan fungsi-fungsi yang anda perlukan pada layer pertama
  3. Senaraikan perkara-perkara yang akan terlibat pada setiap fungsi.

 

Contoh:

  • Website Company
    • Contact Form
      • Ambil data dari borang dan hantar ke email
      • Simpan data dari borang ke database
    • Gallery Image
      • Slider gallery
      • pop up gambar apabila klik pada gambar
    • Pages
      • Home Page
        • Slider Slideshow banner
        • Summary about company/ benefit product
        • service/product strength
      • About Page
        • Artikel tentang company
      • Serivces/Product Page
        • Senarai produk
      • Contact Page
        • Contact form

Hasil mind map:

hasil mind map

 

Sekian untuk kali ini, semoga ada manfaat untuk anda

Like, share dan subscribe newsletter ya!