Buat Website - Apa Yang Perlu Tahu cover image

Buat Website - Apa Yang Perlu Tahu

FAiZ • June 2, 2018

bisnes

Anda baru nak mula buat website? mesti anda ade banyak soalan pasal website kan? Mari saya kupaskan hal-hal yang perlu anda tahu sebelum buat website anda.

3 Komponen Penting Untuk Keberjayaan Website

  1. Nama Domain
  2. Hosting / Server
  3. Software

Nama Domain Anda

Nama domain atau dikenali sebagai Domain Name adalah titik permulaan untuk membina web. Ada beberapa perkara tentang domain yang anda perlu tahu ketika membelinya untuk anda.

  1. Anda perlu tahu bahawa anda adalah pemilik domain
  2. Bayaran Domain adalah tahunan. Lain extension lain harga.

Kenapa saya kata macam ni? sebab ada para scammer menjual domain kepada client mereka, tetapi PEMILIK kepada domain itu adalah dibawah nama mereka. hui, tak patut.

So, macam mana nak tahu nama domain yang anda beli itu adalah kepunyaan anda? anda boleh semak status pemilikan domain dan bila dia akan expired dalam data WHOIS.

Taknak cerita pasal WHOIS sangat. In short, sistem ini yang boleh memberi maklumat tentang domain anda.

Macam mana nak semak?

Jenis Domain Semak
Domain Malaysia (.my, .com.my, etc) http://whois.mynic.my/
--- ---
Domain Biasa (.com, .biz, .org, etc) https://www.whois.net/

Ada kalanya, kita tak dapat untuk melihat siapa pemilik domain, disebabkan oleh privacy atau pertukaran undang2 international.

Hosting

Hosting adalah tempat simpan software website anda. Dimana adanya database, email, command line, cdn, dan lain2 servis yang server perlukan.

Pembayaran hosting pula bergntung kepada pakej yang ditawarkan. Ade yang beri Unlimited Storage, dan Unlimited Bandwith, ada yang beri harga Setahun terus, ada jugak yang beri harga Bulanan

Software

Anda boleh pilih untuk pakai software apa. Mungkin nak cuba Wordpress.org, atau kalau ecommerce mungkin nak cuba Open Cart, atau Prestashop, atau anda juga boleh buat web aplikasi yang custom. (boleh hubungi saya untuk sembang kalau anda nak buat. hehe)

Software semua ini akan dimasukkan kedalam hosting dan terjadilah Website

Kenapa Harga Tercekik?

Mesti anda tahu, banyak web developer kini mengenakan harga yang tinggi untuk membina sesuatu website.

Kalau diikutkan, harga untuk 3 komponen website adalah seperti berikut:

Butiran Harga
Harga Domain .COM RM 50.00 /setahun
Harga Hosting RM 600.00 /setahun
Harga Open Source Software FREE
Total Rm 650.00 / Setahun

Nampak murah kan? tapi itu hanya harga kos. bukan harga upah.

Ya. disinilah harga itu akan tercekik. Sebab lain orang yang beri servis tu lain harganya. dan tengok juga ke-profesional-an dan level ke-pakaran mereka.

Bukan Semua Orang Tahu Install Dan Setup Web

Anda perlu tahu macam mana nak handle DNS untuk DOMAIN anda. macam mana nak point domain anda itu ke hosting.

Anda juga perlu tahu macam mana nak configure hosting / server

Anda juga perlu tahu macam mana nak masukkan software anda ke dalam hosting menggunakan FTP atau dari Terminal

Maka, disinilah harga itu akan melonjak, bergantung kepada apa keperluan website anda. Makin susah keperluan anda itu untuk set di web, makin tinggi lah harganya.

Tapi, kalau anda nak mencuba ape salahnya. Anda boleh Youtube dan Google jugak. (lagi bagus sebab kos anda hanya jadi RM 600 setahun). Kalau anda dah biasa format komputer sendiri, mungkin ini adalah sesuatu yang sesuai untuk anda. kalau tak, hehe. mai le hubungi kite. Kite bagi harga menarik. ~wink~

Ok, itulah semuanya untuk posting kali ini. Semoga bermanfaat!

Jemput mai like, share dan subscribe newsletter



Follow: