Buat Keyword Shortcut Dalam Terminal 25/07/2019

Hai!

Pernahkah anda menggunakan shortcut dalam Words,PowerPoint, PhotoShop dan lain-lain?

Samalah juga dengan Terminal. Dalam terminal juga, kita boleh guna dan Buat Shortcut sendiri!

 

contoh terminal

 

Penggunaan Alias

 

Alias adalah satu fungsi di dalam Terminal yang membolehkan kita buat shortcut kita sendiri.

contoh:

alias myDocs = "cd ~/Documents"

 

selepas kita apply alias ni kedalam terminal. kita boleh terus guna. macam ni:

 

Langkah-langkahnya

  1. Buka terminal
  2. Masuk ke folder user. cd ~
  3. Edit fail .bash_profile. nano ~/.bash_profile
  4. Turun kebawah line baru, masukkan code alias myDoc = "cd ~/Documents"
  5. Save file dan tutup terminal. (atau boleh run command source ~/.bash_profile)
  6. Siap!

kini anda boleh taip myDoc dimana-mana sahaja anda berada. Pastinya terminal anda akan masuk ke folder /home/NAMAUSERANDA/Documents atau lebih singkat, terminal akan masuk ke cd ~/Documents

 

Penggunaan Lain

Alias ini bukan sahaja boleh digunakan untuk cd ke tempat-tempat folder. malah boleh juga kita tulis sebagai shortcut untuk kita connect ke ssh. Ada juga pada pengguna MacBook, command shortcut ini dibuat untuk hilangkan folder dalam desktop, atau keluarkan balik folder dalam desktop. Maka penggunaannya tidak terhad kepada satu perkara sahaja

Para programmer Laravel juga boleh melakukan shortcut untuk command Artisan dengan melakukan
alias artisan = "php artisan" 

Jadi dah tak payah nak tulis panjang-panjang php artisan make:controller NamaController, dah boleh terus tulis
artisan make:controller NamaController 

seronok bila dah tahu pasal terminal ni. macam-macam boleh buat. belum cerita kalau dah tahu pasal coding bash lagi. Kalau tahu coding bash, boleh buat script untuk automate proses buat website! ye boh. huhu... cuba bayangkan. satu command je, boleh siap download wordpress, letak dekat folder www, dan setup terus configuration dia. pergh! kemas...

 

Okeh itu saja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda ;)