Basic System Development. Soalan Dari Noraziah 19/05/2019

Hai semua!

 

Harini sy akan menjawab soalan / cadangan dari saudari Noraziah.

 

Soalannye berbunyi begini:

Selamat petang,

Saya ingin develop sebuah sistem. Sya memakai software Netbean IDE. Namun, saya ingin install bahagian DB. tapi saya tak tahu nak install DB mana satu sebab saya try oracle, Mysql dan ProgreSQL. Tapi semua tak boleh run. Boleh suggest untuk saya nak guna apa tak?

Nak minta guide saya juga sbb saya tak pandai untuk code. Tapi company saya minta saya buat satu sistem tanpa guidance. Saya perlukan pertolongan

 

Pertama sekali, sy minta maaf sebab memang ambil masa lama nak respon soalan / cadangan awak ni. Soalan ditanya pada 26/11/2018 3:46 PM. Maaf ye. sy lama juga tak ber-blogging pada tarikh tu. hehe.

Okeh, mari kita breakdown satu-satu pemasalahan kawan kita ni.

1. Nak Develop System, Menggunakan Netbean IDE.

Pada pengetahuan saya, Netbean IDE hanyalah salah satu dari Code Editor yang boleh kita guna untuk development. Dalam konteks saya. PHP.

Kepada anda yang baru menceburi bidang development ini. memang kadang kala kita rasa banyak sangat hal yang buat kita jadi fed-up dengan programming. lagi-lagi pasal IDE.

Saya Recommend kepada anda untuk start plain. Start dengan tidak bergantung dengan IDE atau yang sewaktu dengannye untuk permulaan. Ramai diantara kita bermula dengan Notepad++

Saya sendiri juga tidak menggunakan apa-apa IDE untuk development. (sebab sy selesa debugging cara manual. hehe) Tapi itu sekadar pilihan peribadi. Kenapa saya kata begitu? sebab kita nak fokus coding. Bukan fokus untuk setting sana, setting sini.. hanye supaya boleh keluarkan Hello Word dalam sistem. huhu.

 

2. Ingin Install Bahagian DataBase

Mengikut pemahaman saya dari permasalahan yang anda sedang hadapi ini, seeloknya pergi ke bahagian Server. Dengan erti kata lain, cuba Play Around With Linux

Kenapa saya suggest untuk cuba kendalikan Linux dahulu sebelum ke database? sebab database itu sendiri adalah salah sebuah service yang kita install di dalam linux. Bila kita mula develop sistem. Kita akan Connect sistem kita itu pada database service  yang berada di dalam linux. Jadi, macam mana nak install database? jawapan saya Install dalam linux. 

Yep, anda mengatakan "tak tahu" untuk install. sy boleh berikan keyword untuk anda search di YouTube. ini keywordnye:

Centos, Install LAMP stack and PhpMyAdmin

Sebelum anda CUBA. Pastikan dahulu untuk hadam hal-hal basic dalam linux. seperti Command Line InterfaceSUDOYUM dan yang sewaktu dengannya...

Saya ade buat post sebelum ini untuk terangkan sedikit mengenai CLI. boleh baca disini : Terminal: Faham Command Line, Pakar Programming

 

Okeh, sekian untuk kali ini. Semoga dengan penjelasan saya ini dapat membantu serba sedikit dalam permasalahan yang anda hadapi. Kalau ade yang sy tak faham soalan tu boleh la betulkan ye. huhu. kita manusia biasa... heee...

Happy Coding! ;)