Marketing - Ape itu SEO? dan kupasan teknikal cover image

Marketing - Ape itu SEO? dan kupasan teknikal

FAiZ • June 25, 2018

bisnes fundamental

Para usahawan yang mempunyai website semestinya pernah mendengar tentang perkara ini. SEO!

Definisi SEO

SEO adalah dikenali sebagai Search Engine Optimization yang mana pada asasnye adalah meletakkan halaman konten anda ke dalam google atau engin carian. nah contoh post saya yang ade di google:

Perlu ke ada SEO?

Sekiranya website anda bertujuan untuk menarik pelanggan datang ke web anda untuk mendapatkan sales, atau trafik. Ya. Wajib bruh.

Apa beza SEO dan Coding?

Coding biasa adalah mengenai pembinaan website, manakala SEO adalah konfigurasi web anda supaya mudah dicari dan dibaca oleh google / enjin carian. SEO adalah coding yang berada di dalam HTML yang mana akan ditambah pada beberapa bahagian konten dan bahagian kepala html, iaitu bahagian <head>*kat sini la*</head>

Bahagian Coding SEO

Ada banyak tempat untuk kita letakkan coding SEO jom kita tengok contoh:

ini untuk header

<head>
    <title>Tajuk Keyword Anda</title>
    <meta name="description" content="intro untuk konten anda dalam 150 perkataan"/>
    *** dan lain-lain meta tag untuk web anda ***
</head>

kita juga boleh set code SEO pada gambar:


<img src="URL/GAMBAR/ANDA" alt="keyword SEO anda" title="tajuk website anda">

Rumusan

Secara asanye, itulah SEO. Bagaimanapun, kita tetap perlu menulis konten yang Relevan. kerana engin carian, ataupun Google biasanya akan senaraikan website kita sekiranya apa yang orang cari di google adalah bertepatan dengan konten yang kita beri.

Untuk berada di Listing nombor 1 dalam halaman pertama di google pula, adakalanye senang, ada kalanye susah. bergantung kepada kita nak target keyword mana dan berapa relevan nye konten kite dari yang sedia ada.

Ok semoga bermanfaat untuk anda. Like, share dan subscribe newsletter ok!



Follow: