Apa itu sistem affiliate? cover image

Apa itu sistem affiliate?

FAiZ • July 25, 2018

bisnes

Pernahkah anda terdengar perkataan Affiliate?

Apa itu affiliate

Affiliate adalah satu sistem yang memberi komisyen kepada orang yang tolong promote produk/ servis. Kita panggi mereka sebagai "Affiliaters".

Seikranya produk/servis itu terjual, maka orang yang promote itu akan mendapat komisyen. Seperti yang dipersetujui pada awal-awal perjanjian penyertaan.

Ramai para bloggers dan youtubers join affiliate ni. Join dekat amazon. lepas tu buat blog, youtube untuk promote. orang klik link. beli produk. dapat komisyen.

Apakah affiliate itu seperti MLM?

Affiliate bukanlah MLM (Multi level marketing). Sebab dia bukan multi level. ade satu je level. jadi bukan multi level.

Bagaimana Sistem Affiliate Berjalan? (teknikal)

Sistem affiliate berjalan seperti berikut:

  1. Affiliaters akan register pada web tuan punya produk.
  2. Affiliaters akan menerima URL Link bagi setiap produk yang ingin di-promote
  3. Affiliaters akan share link tersebut pada blog atau youtube atau facebook atau mana2 yang sesuai.
  4. Sekiranya ada pembeli dari link yang di-promote oleh affiliaters itu. dapatlah komisyen.
  5. Duit masuk ke akaun bank

Berbaloi ke buat affiliate ni?

Nak kata berbaloi atau tak, kena lihat pada market produk atau servis yang nak dijadikan affiliate itu. Ade yang baik ade yang tak beri income pun.

Sekian sahaja, semoga ada manfaat kepada anda dalam posting kali ini.

Like, Share & Subscribe Newsletter ye!



Follow: