Website - Apa Itu Open Source cover image

Website - Apa Itu Open Source

FAiZ • July 1, 2018

bisnes fundamental

Bila anda nak bina website baru, anda pun terdengar pasal Open Source ni. Adakah anda tahu bahawa Open Source ini adalah sejenis lesen untuk software?

Lesen Jenis Open Source

Betul tu, Open Source bermakna software yang berkaitan adalah menggunakan lesen jenis Open Source. Makna kata lain, Ia boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja dan boleh diubahsuai oleh sesiapa sahaja. Nak jual pun boleh, nak bagi free pun boleh. Tapi dengan syarat, coding itu mestilah di share semula kepada pembina utama software tersebut.

Open Source juga mempunyai beberapa jenis lesen yang berada dibawahnya. Para developer boleh memilih lesen jenis mana yang mereka rasa sesuai untuk software yang mereka bina.

Boleh ke buat lesen sendiri?

Ye, boleh. Kita sebagai software developer boleh buat lesen sendiri untuk software yang kita bina. Cuma perlukan dokumentasi yang valid je. Kalau dalam pembinaan software, kita boleh membuat satu fail bernama license.txt dan letakkan file itu di root project folder. Dan lesen itu valid.

Bolehkah kita menjual software Open Source?

Ya, boleh. Kita bebas meletakkan harga kita sendiri pada software yang kita beri kepada client kita. (kat sini lah banyak developer buat duit). Sebab dia adalah Open. Maka, dia boleh dijual. Cuma pastikan licence.txt itu wujud untuk validasi in case kalau ade masalah berlaku yang melibatkan legal

Macam mana harga boleh jadi tinggi daripada FREE?

Harga boleh jadi tinggi untuk setup dan install software itu ke hosting anda. Harga itu bergantung kepada kepakaran dan harga servis developer yang anda pilih.

Apa contoh software open source?

nah ni contoh-contoh software open source:

  1. Wordpress.org
  2. Prestashop
  3. Open Cart
  4. Joomla
  5. BB Press
  6. Mambo

Banyak lagi sebenarnye. try google. mesti bertabur result keluar. hehe

Sekian sahaja untuk post kali ini. Semoga ada manfaat untuk anda.

Like, Share & Subscribe newsletter ye!



Follow: