Programming - Apa itu looping (for, foreach, while) cover image

Programming - Apa itu looping (for, foreach, while)

FAiZ • June 12, 2018

php fundamental

Kalau anda baru je nak menjinak-jinakkan diri dalam programming. Anda perlukan asas-asas dalam menulis algorithm.

Apa Itu Looping?

Looping ni adalah kita berjalan kepada setiap satu data berdasarkan identiti data itu. Contoh dalam kehidupan seharian adalah macam kita berjalan di shopping mall ke setiap tingkat. Kita akan repeat proses naik tangga sampai habis.

Katalah ada 5 tingkat. Kita akan mula dari tingkat 1, oh! tingkat satu ade banyak foodcourt baq hang~

lepas tu kita pergi tingkat 2, ade jual baju

lepas tu kita pergi tingkat 3, tingkat 4 dan tingkat 5. dah habis tingkat 5? kita berhenti.

yep. itulah nama dia looping. Kita berjalan terus sampai ade hujung. lepas tu kita berhenti.

Jom kita tengok setiap satu jenis loping:

Looping FOREACH

looping ini dalam realiti adalah yang paling banyak kita gunakan dalam coding seharian. looping ni akan berhenti bila data dah habis diteroka.

$data = ['food court','fesyen baq hang','kedai handphone','Movie']; foreach($data as $d){ echo $d.'

hasil dia akan keluar macam ni:

food court

fesyen baq hang

kedai handphone

Movie

hah. senang je ni~~

Looping FOR

Looping for ni lebih kepada kita yang akan set bila dia nak habis. berbeza dengan foreach yang berhenti bila dah habis data

$data = ['satu','dua','tiga','empat']; $kiraBerapaArray = count($data); for($i=0; $i<$kiraBerapaArray; $i++){ echo $data[$i].' '; } // hasilnya satu dua tiga empat

Ye, for loop ni memang konfius sikit. sebab dia memerlukan identiti untuk kita jalan tengok kandungan data. variable $i akan sentiasa bertambah dan ulang balik dari awal untuk tengok ape ade dalam data. macam ni $data[0] kemudian $data[1] dan seterusnya sampai tidak lebih dari $kiraBerapaArray

Looping WHILE

Looping While ni pulak akan ambilkira kondisi. Contoh. selagi kondisi betul, jangan berhenti

$limit = 0;

while($limit < 2){
$limit = $limit + 1;
echo $limit.'

$limit++;

// hasilnya
0

1

Ha, seronok kan coding? hehe. kalau bermanfaat untuk anda post ni, kasi like, share dan subscribe newsletter ye!

Follow: