Apa itu landing page cover image

Apa itu landing page

FAiZ • July 23, 2018

bisnes

Anda terjumpa satu iklan. Bila klik iklan tu, hanya ada satu halaman saje. Lepas tu ade button yang bila klik terus order produk. Apa nama sistem dia guna tu?

Landing Page

Satu halaman sahaja. Itulah namanya Landing Page. Website jenis ini adalah website untuk fokus kepada satu produk. Biasanya digunakan oleh online marketer untuk menjual eBook mereka. Ada juga yang menjual produk selain eBook.

Contoh Landing Page

inilah contoh landing page. (lihat gambar di atas)

Tujuan Bina Web Jenis Landing Page

Tujuan utama bagi usahawan online membina landing page adalah kerana nak fokus menjual satu produk. Apabila menjalankan marketing, dan menjalankan pengiklanan, para marketer online akan lebih cenderung kepada mengiklankan satu produk. Maka landing page menjadi pilihan utama kepada mereka untuk menjalankan aktiviti menjual dengan lebih selesa.

Sekian untuk posting kali ini, semoga ada manfaat dari posting ini untuk anda

Like, Share & Subscribe Newsletter ye!



Follow: