Website - Apa itu Hosting? cover image

Website - Apa itu Hosting?

FAiZ • June 30, 2018

bisnes fundamental

Pernah dengar pasal hosting?

Hosting adalah tempat untuk meletakkan fail-fail web yang telah siap supaya website anda boleh dilawati oleh orang ramai.

Anda memerlukan hosting untuk website-website anda

Setiap website akan di host kan di dalam hosting supaya ianya boleh di akses dimana-mana. Tak kira dari pelusuk dunia celah mana pun, sekiranya orang tahu alamat website anda, mereka boleh melihat website anda yang cantik itu. Antara perkara-perkara yang ada di dalam hosting yang web anda perlukan adalah:

  1. FTP (File Transfer Protocol)
  2. Database (MySQL)
  3. Email
  4. Subdomain (DNS Manager)

Apa beza hosting dengan server?

Hosting adalah satu akses akaun didalam server. Manakala server pula adalah satu komputer yang boleh menampung banyak akaun hosting.

Harga Hosting

Harga untuk setiap akaun hosting itu berbeza pada setiap syarikat. atau pada setiap provider. Ada yang cas harga untuk bulanan dan ada yang cas untuk tahunan. Ade juga yang cas 4 bulan sekali, setengah tahun sekali pun ada.

Panel Hosting

Kita boleh akses hosting kita dengan menggunakan panel hosting. Ianya diberikan oleh provider hosting anda apabila anda telah subscribe hosting pada mereka (bulanan atau tahunan atau ysd ). Setiap server akan mempunyai hosting manager. Akan ada Super Admin User, dan ada Hosting User (kita lah ni~)

Super Admin User: akan kawal selia server, restart server, ban user, limit akses user, install library, akses ke terminal, dan semua lah

Hosting User: akan menggunakan hosting untuk host website supaya boleh diakses seluruh pelusuk dunia~

Panel yang popular adalah cPanel. dimana ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia. Nah, tengok apa itu cpanel:

Cantik kan? inilah panel yang anda akan akses untuk menguruskan urusan konfigurasi website anda.

Ok itu saje, semoga anda memperoleh manfaat daripada posting kali ini.

Like, Share & Subsribe newsletter ok!



Follow: