Adakah Website Anda Membantu Bisnes Anda? cover image

Adakah Website Anda Membantu Bisnes Anda?

FAiZ • July 18, 2018

bisnes

Website dah siap, canggih, dan responsive. Tapi masih belum ada apa-apa jualan berlaku. kenapa?

Website Telah Sedia, Namun Tiada Bisnes

Anda mungkin dah menghabiskan duit dengan banyak untuk bisnes anda, lagi-lagi untuk pembuatan website. Setelah siap sahaja website anda, anda masih lagi tidak dapat menaikkan bisnes anda. Inilah kes-kes yang berlaku terhadap para peniaga online yang kini menjadi kritikal.

Jangkaan Salah Terhadap Website

Salah satu punca kenapa bisnes anda masih tidak menjana keuntungan walaupun telah mempunyai website yang canggih, adalah kerana anda menjangka, (kita panggil sebagai expectation) website anda buat untung tanpa selari dengan tujuan bisnes anda.

Anda menjangkakan, bila ade website ni bolehlah tambah lagi untung. Yelah, sebab boleh jalan bisnes 24 jam. Namun, ianya hanya tinggal kenangan.

Macam-macam Ada!

Ye, ada juga kes, bisnes jual baju. Tapi ade jugak jual ikan kering.(contoh la) Aduh, macam mana ni? betul ke buat bisnes ni? kata pelanggan dia dalam hati.

Produk dah ada, bisnes dah on point. marketing dah start jalan. Tapi niche bisnes bercampur-campur. Maka, pelanggan pun bercampur-baur untuk membeli dari bisnes anda.

Apakah Tujuan Website Anda Selari Dengan Marketing Anda?

Ya, apabila soalan ini ditanyakan, ramai akan jadi tak faham. Website tu website lah, ape nak masuk dalam marketing pula.

Rata-rata, apabila website telah siap. Satu sen pun tak dapat jualan. Kebanyakkannya kerana tak faham apa motif buat web dan apa motif website dalam marketing bisnes.

Website Adalah Sebahagian Dari Pelan Marketing Bisnes

Perancangan proses marketing dalam bisnes pastinya melibatkan website. Mari kita lihat contoh.

Anda adalah usahawan untuk menjual barangan bayi. Lalu anda membina website yang sangat cantik dengan hanya 5 halaman. Utama, Produk, About, dan Contact. Namun, tiada penjualan berlaku. kerana anda membina website untuk informasi sahaja. Sebetulnya, anda perlu membina website jenis eCommerce, yang mana lengkap dengan inventori dan juga invoicing.

Contoh lain?

Anda mempunyai bisnes menjual Karipap, anda membina website eCommerce supaya orang ramai membeli dari website anda terus. Namun tiada siapa yang membeli, kerana sudah pastinya kalau jarak penghantaran jauh, karipap itu dah menjadi lemau. Anda seharusnya membina website jenis informasi. Yang mana mempunyai 5 halaman. Utama, Produk, About, dan Contact. Pelanggan anda yang berminat mesti akan mengunjungi bisnes anda dan membeli dari anda setelah berjumpa.

Rumusan

Setiap bisnes mempunyai proses pembelian yang berbagai-bagai. Sekiranya anda tidak merancang dengan betul proses marketing bisnes anda, sudah pastinya tiada penjualan atau keuntungan berlaku dalam bisnes anda. Walaupun anda mempunyai website yang cantik atau canggih.

Sekian, semoga ada manfaat dari posting kali ini untuk anda.

Like, Share & Subscribe Newsletter ye!



Follow: