3 Jenis Mobile App Development 05/07/2018

Anda nak buat mobile app? Mesti ade developer tanya nak buat app jenis ape kan? kita punya sembang curahkan semua hal pasal idea kita, sekali itu bukan jenis app. hehe. aduhai. ade 3 jenis mobile app dalam pasaran development sekarang. Ye, harga lain-lain bro.

 

1. Native Mobile App

Native Mobile App adalah development yang melibatkan hanya satu platform. Yakni membawa maksud, membina app dari language spesifik untuk satu platform. Contoh, untuk develop mobile app bagi IOS, developer perlu menggunakan language jenis SWIFT atau C#. 

Manakala untuk android pula, developer perlu menggunakan language jenis JAVA, atau KOTLIN

 

2. Hybrid Mobile App

Bagi Hybrid Mobile App pula, developer akan menggunakan HTML5, dan Javascript. Selesai sahaja development, app ini boleh di compile kepada beberapa platform yang lain. termasuklah IOSAndroid, Windows, dysd. Platform membina mobile app jenis HYBRID ini sangat popular kerana developer tidak perlu melakukan development sekali lagi untuk platform lain.

 

3. Progressive Web App

Ini adalah platform terbaru dalam industri mobile app. (setakat 2018). Popular dikalangan Android App. Kerana developer hanya perlu membina web app. Kemudian para pengguna hanya perlu Add To Homescreen sahaja untuk install mobile app kedalam Android/IOS. Platform ini dibina dengan menggunakan web app. (html,javascript,php,mysql, dll). dan kemudiannya tidak perlu untuk di COMPILE ke dalam mobile app. Ya, maksudnye tak perlu ke app store. cuma tekan button je dah terus auto install ke hanphone anda. power boh~

ni contoh untuk PWA:

 

Perbezaan Ketara

Untuk mendapat performance dan jadikan mobile app anda stable. Develop mobile app menggunakan NATIVE. lebih baik. kerana programming native boleh akses ke mana-mana hardware telefon seperti kamera, calendar, contact dysd.

Jika develop mobile app menggunakan jenis Hybrid pula, PLUGIN diperlukan untuk intergrate antara Javascript dan Native. Banyak library yang telah tersedia untuk kita gunakan seperti kamera, calenra, contact, dysd. Namun, sekiranya plugin itu ditak wujud, atau ade BUG. memang sakit kepala nak cari solusi (kena develop plugin sendiri la tu. keh3).

Jika develop menggunakan platform Progressive Web App pula, untuk masa ini hanya dapat akses kepada Push Notification,  sahaja. Tiada akses untuk perkara lain seperti Native dan Hybrid ada. Platform ini hanya di-recomended pada blog, atau web yang hanya ada kontent, dan untuk notification sahaja (sebab teknologi ni belum berkembang lagi, baru lagi bro).

 

Rumusan

Anda boleh pilih nak develop mobile app anda menggunakan mana-mana jenis development. Namun, ianya akan berbeza dari sudut harga, maintenance dan timeline.

 

Sekian, semoga ada manfaat untuk anda dari posting kali ini.

Like, Share & Subscribe Newsletter ye!