3 Cara Membuat Keuntungan Dengan Website cover image

3 Cara Membuat Keuntungan Dengan Website

FAiZ • June 1, 2018

bisnes fundamental

Website adalah sesuatu yang mahal untuk dibina. Setiap para usahawan yang ingin terjebak kedalam bisnes yang menggunakan website mesti bertanyakan hal sebegini.

Boleh ke buat untung bila ade website?

Jawapannya. YA boleh boh. Mungkin kos untuk membina web yang boleh melicinkan proses kerja kita ini agak mahal sedikit. Namun ia adalah perkara yang berbaloi dilakukan. Sebab apabila semakin lama web kita berada di internet. Semakin meluas market yang kita akan terokai. Mari saya kongsikan 3 cara membuat keuntungan menggunakan website.

1. Buat Untung Dengan Menjual Produk (eCommerce)

Kita masukkan produk-produk kita kedalam website kita. Set harga, set copywriting, kemudian buat iklan. Bila orang membeli dari web kita, disitulah kita memaksimumkan penggunaan web kita. Produk itu pulak tak semestinya adalah produk yang kita perlu beli dahulu. Katalah kita ambil produk dropship. Kita tak perlu simpan stok pun, dan kita tak perlu nak hadap wasap sepanjang masa. Orang datang ke website kita, add to cart, bayau. lepas tu kita submit order dekat syarikat yang kita ambil produk dropship dia tu. senang kan?

2. Buat Untung Dengan Blog

Ye, betul tu. dengan blog pun kita boleh buat untung. Blog juga dikategorikan sebagai website. Kita boleh buat review produk, buat iklan dekat sidebar blog kita, buat content yang menarik sampai ramai yang menjenguk blog kita tu untuk rujukan. Awal-awal mungkin tak nampak lagi mana nak dapat untung. Tapi bila dah beberapa tahun berlalu, content pun dah banyak. fuh. banyak untung tu boh~

3. Buat Untung Dengan Platform

Apebenda tu? ha, platform ni adalah satu idea yang kita aplikasikan kedalam web yang membolehkan orang ramai guna. Contoh terbaik? Facebook, Mudah, Shopee,
Lazada, Lelong, AirBnB, dan yang sewaktu dengannya. Nak buat platform ni tak mudah, dan memerlukan kos yang tinggi melangit. Tapi bila dah ramai orang guna, ia akan jadi satu keperluan. bila dah jadi keperluan, kat situ lah buat untung. Inilah cara paling bermanfaat sekali untuk masyarakat. Cuma kosnye jela. huhuhu.

Ok itu saja sharing untuk kali ini. Terima kasih kerana masih melawati blog ini ye.



Follow: