Kenapa anda yang perlu beli domain dan bukannya website developer yang beli? 28/12/2019

Hai!

Bagi anda yang baru ingin membina website anda, alamat domain adalah perkara pertama untuk anda. Sebab nama domain sangat berkait rapat dengan Brand atau nama bisnes anda. 

Apa itu domain dan hosting? jom download e-book saya disini

 

Hal Kebiasaan

Pada kebiasaannye, permulaan pembinaan website akan diserahkan kepada web developer. Dan web developer anda lah yang akan membeli domain bagi pihak anda. Sebab? anda tak mahu menguruskan hal yang terlalu teknikal. Maka, pemegang akses akaun "pembelian" domain anda adalah di tangan developer anda.

 

Masalah Yang Bakal Berlaku

Apabila web developer anda yang membeli nama domain untuk anda, maka pada setiapkali anda ingin menukar rekod DNS pada domain tersebut. Anda perlukan web developer tersebut untuk menukarkannya. Sebab web developer tersebut mempunyai akses kepada domain anda.

Bayangkan setelah web developer tersebut hilang? atau anda tidak lagi mahukan servis dari web developer tersebut? Anda tidak lagi boleh menukar hosting atau apa-apa pertukaran rekod DNS lagi. Walaupun nama domain itu adalah kepunyaan anda. 

 

Pencegahan

Untuk mencegah dari berlakunya masalah seperti diatas, anda sebagai pemilik domain atau pemilik nama brand perlulah membeli domain anda sendiri. Selepas pembelian, serahkan akses sementara kepada web developer anda untuk tujuan setting dns domain.

 

Solusi Lain

Secara teknikalnya, anda masih lagi kekal sebagai pemilik domain anda (melainkan domain anda didaftarkan atas nama orang lain). Jadi, anda hanya perlu mencari syarikat yang mendaftarkan domain anda itu dan hubungi mereka untuk tindakan lanjut bagi mendapatkan akes anda terhadap nama domain anda.

Contoh: nama domain anda dibeli pada syarikat seperti YeahHost atau Exabytes, maka bolehlah anda menghubungi syarikat tersebut dan mencuba nasib untuk mendapatkan kembali akses kepada domain anda.

 

Senarai Website Untuk Membeli Nama Domain

Terima kasih kerana membaca ;)

 

hamizulfaiz profile picture

Mengenai Penulis

Saya HAMIZULFAIZ. Freelance web developer di Ampang, Selangor.

Berminat untuk menjadi klien saya? Hubungi saya dan lihat bagaimana proses bisnes anda boleh menjadi lebih efisyen!